Friday, June 20, 2008

Seandainya...


Ya Ilahi,
seandainya diriku mendongak ke langitMu,
ingati daku akan dasar bumiMu,
kerana disitulah tempat persemadianku..

Ya Ilahi
seandainya aku tersungkur pilu,
ingati daku akan tawa ria penghuni syurgaMu,
kerana disitulah tempat idamanku..

Ya Ilahi,
seandainya aku masih bertuhankan pada hawa dan nafsu,
asuhlah daku untuk menyembahMu,
kerana Engkaulah penentu jalan damaiku..

Abadikan cintaku padaMu Ya Ilahi..
Al Faqir wal Dhoif,
Suhana

No comments: