Assalamu'alaikum wrt..
Saya sudah lama tidak menaip untuk blog saya. Sudah semakin sepi, tetapi apa saya boleh buat.... Saya sedang menghadapi medan ujian... ujian kertas peperiksaan. Lagi dua subjek... Kitabah dan Hadith............ Du'akan saya semoga najah.:) Selamat berpuasa.. :)
Showing posts with label حياتي اليومية. Show all posts
Showing posts with label حياتي اليومية. Show all posts
Thursday, September 4, 2008
EXAMS
Labels:
حياتي اليومية
Monday, July 14, 2008
Blogging is just my pastime :) Learning is my obligations
Assalamu'alaikum wrth,
Sibuk. Sibuk dengan tanggungjawab-tanggungjawab saya. Masa seharianku sentiasa dihabiskan dengan menghadiri di sekolah, mengulangkaji, persiapan mengajar, meng'update'kan prestasi pelajar-pelajar saya, membuat research untuk projek pada hujung bulan ini, dan membaca buku untuk meluaskan ilmu saya yang bekurangan, tidur untuk 're-energize' supaya saya mampu melakukan lagi semua perkara tersebut.
Jadi blog ini hanya sebagai 'pastime' makna, jika saya ada masa lapang, insyaAllah saya akan update dan bukanlah satu komitment bagi saya untuk mengupdatekannya selalu. :)
Anyway, do enjoy the music titled 'تبـلّـغ' on my blog. Lagu kegemaranku. :)
Labels:
حياتي اليومية
Sunday, June 15, 2008
Masak...Bukan kerja yang mudah
Assalamu'alaikum wrth,

Apa khabar semua? Semoga anda semua dalam keadaan sihat sejahtera. :)
Biasanya, keluarga saya akan membeli sarapan pada hujung minggu, tapi untuk hari ini, saya masak ikan asam pedas dan sayur goreng brokoli bersama cendawan, kerana hari Ahad ini saya ada free time. Just to try something different today. :) Setiap hari isnin hingga jumaat, saya sibuk dengan pelajaran saya. Bila sampai di rumah, letak beg dan buku-buku saya, dan terus pergi dapur. Pada waktu rehat sekolah, saya tidak makan sehingga saya pulang ke rumah. Syukurlah, ada ibu memasak untuk kami sekeluarga.
Apabila saya mula keluarkan barang-barang dapur, ibu saya mula masuk campur tangan untuk membantu, tapi saya berkata padanya,
"Mak, ana nak masak sendiri. Mak duduk aje... :) "
Apa pula pengalaman anda memasak? Sedap tak? Care to share? :)
Labels:
حياتي اليومية
Wednesday, May 21, 2008
Ayat-Ayat Cinta
Assalamualaikum wrth...
Anda sudah menonton wayang Ayat-Ayat Cinta? Apa pendapat anda mengenai ceritanya? Memuaskan? Atau sebaliknya? Anda terharu sehingga menitiskan air mata?
Saya sudah pun menontonnya di pagung wayang bersama sahabat lamaku. Lagipun, skolah kami ada 2 minggu cuti sekolah. Dan pada hari-hari biasa, tak begitu ramai orang. Lebih selesa. Pada pendapat saya, ceritanya hebat, tapi kadang-kadang saya rasa Fahri agak lemah dalam menghadapi ujian dan Aisyah pula agak sedikit kasar terhadap suaminya, Fahri.
Tapi overall, ia ingin mengajar kita tentang SABAR dan IKHLAS.
Tetang sabar, Allah ingin menguji sesiapa Dia kehendaki sama dia seorang hamba yang penuh dosa atau hamba yang soleh. Seperti Fahri, seorang insan yang berbuat baik kepada semua orang dan rajin mengejar ilmu dan menundukkan nafsunya. Tetapi bila dia dipenjarakan kerana dia difitnah, dia mula rasa kecewa dan marah terhadap Allah.
"Apakah salahku terhadapmu Allah?!" itulah dia katakan.
Bila sabar, kita tahan diri kita. Jangan marah…. Tahan!! Sabar!! Tapi bila kita redha, bila kita pujuk diri kita yang ini semua hanya ujian sedikit dari Allah, kerana Dia sayang pada kita, setelah limpahan ni’mah yang dikurniakan pada kita selama ini, hati tentu akan lebih tenang kan?
Bila kita ditimpa musibah (kesusahan, kesakitan, dll.) dan kita sabar, itu sikap yang baik. Tapi bila kita bersyukur ketika musibah melanda, itu lebih mulia.
Tetang ikhlas pula, saya teringatkan pula cerita seorang Imam Malik (guru kpd Imam Syafie'), mengambil masa 40 tahun untuk mengumpul hadith-hadith dalam buku yang terkenal, Muwatta’ (kitab Hadith). Anda tekalah apa dia lakukan selepas itu. Dia pergi ke sungai, dan berkata,
"Ya Allah, jika terdapat sesuatu di dalam kitab ini yang ditulis bukan kerana untukMu, maka hapuskanlah."
Dan jatuhlah kitab itu, keras kerjanya selama 40 tahun, ke dalam sungai. Apabila Imam Malik mengeluarkannya, bukunya masih dalam keadaan baik, dengan inknya masa kekal. MasyaAllah! 40 tahun Keikhlasan....!!
Maka jadikan kisah-kisah ini suatu tarbiyah dalam kehidupan kita. :)
Labels:
حياتي اليومية
Saturday, May 17, 2008
1st Sem Exam Has Ended
Alhamdulillah... Peperiksaan saya telah pun berakhir. Semoga saya dapat najah dalam kesemua lima madah saya. Setelah saya sudah berusaha, sekarang masanya untuk saya serahkan ketentuannya kepada Allah swt. Dialah yang menentukan segala-galanya. Ya Allah, berilahku kejayaan di dunia dan akhirat..
Labels:
حياتي اليومية
Subscribe to:
Posts (Atom)



