Sunday, June 15, 2008

Masak...Bukan kerja yang mudah

Assalamu'alaikum wrth,


Apa khabar semua? Semoga anda semua dalam keadaan sihat sejahtera. :)

Biasanya, keluarga saya akan membeli sarapan pada hujung minggu, tapi untuk hari ini, saya masak ikan asam pedas dan sayur goreng brokoli bersama cendawan, kerana hari Ahad ini saya ada free time. Just to try something different today. :) Setiap hari isnin hingga jumaat, saya sibuk dengan pelajaran saya. Bila sampai di rumah, letak beg dan buku-buku saya, dan terus pergi dapur. Pada waktu rehat sekolah, saya tidak makan sehingga saya pulang ke rumah. Syukurlah, ada ibu memasak untuk kami sekeluarga.


Apabila saya mula keluarkan barang-barang dapur, ibu saya mula masuk campur tangan untuk membantu, tapi saya berkata padanya,

"Mak, ana nak masak sendiri. Mak duduk aje... :) "

Apa pula pengalaman anda memasak? Sedap tak? Care to share? :)

No comments: