Wednesday, September 17, 2008

Masjid Yang Rapuh



Beberapa minggu yang lalu, detik yang agak kritikal dalam rumah tangga kenalan rapat saya. Memang kami agak rapat sejak waktu kami berkhidmat di perkhidmatan negara dahulu. Dia dan pasangannya hampir bercerai.

"My marriage...dah ranap....," keluhnya.

"Kau dah...."

"Belum lagi, kami tak bercerai, tapi hampir macam tulah."

"Ok lagi tu. Syaratnya kau mesti bersemangat. Aku masih ingat waktu jadi pengapit kau dulu, kau betul-betul bersemangat. Kau kata, tolong aku bina masjid. Tak kan tak ingat lagi?"

"Emm...bina masjid....aku sendiri macam dah lupa kalimah tu!"

"Kau tak lupa. Eh, aku rasa kalimah tu dah sebati dengan orang kita. Bina rumahtangga disamakan dengan bina masjid..."

Dia menung. Tunduk.

"Entahlah, masjid aku dah nak runtuh agaknya....," keluhnya terus-menerus.

"Keluhan tak bawa ke mana-mana. Mesti ada jalan penyelesaiannya."

"Ah...like how?"

"Bina kembali masjid kau yang rapuh tu. Dulu sewaktu nikah dulu, kita hanya cakap nak bina masjid..tapi kita tak benar-benar membinanya... rumahtangga tiada secorak masjid pun."

"Kau pernah masuk rumah aku kan?"

"Pernahlah. Apa maksud kau?" Kali ini saya pula bertanya.

"Kau tak nampak khat-khat yang tergantung di dinding. Quran dari Turki dalam almari. Tu tak masuk kitab-kitab hadith dan buku-buku agama dalam rak bilik bacaan aku. Kalau kau tengok betul-betul, rumah aku nampak macam masjid..."

Saya tersenyum.

"Apa ada di masjid?"

"Sejadah, Quran, khat, 'carpet' , tu semua ada di rumah aku!"

"Maksud aku lihat aktiviti-aktiviti masjid. Orang solat, baca Quran, berdoa, berzikir, kuliah, sedekah....macam-macam aktiviti. Itu maksud aku. Itulah tiang, lantai, dinding masjid yang aku maksudkan."

Dia terdiam. Benar-benar terdiam.

"Kalau tulah yang kau maksudkan, aku 'surrender'. Memang kurang."

"Quran untuk dibaca, khat untuk diambil iktibar, sejadah untuk dicecah sujud, kitab hadith untuk dihurai dan dilaksanakan. Ertinya semua peralatan masjid mesti digunakan untuk membina 'roh' masjid...," saya cuba menjelaskan.

"Apa roh masjid?"

"Taqwa. Masjid diasaskan atas dasar taqwa. Perlu ada aktiviti-aktiviti masjid..."

"Perlu berkhutbah lah ni macam..." dia mula tersenyum. Baru nampak ceria sedikit mukanya.

"Why not? Kau imam dan khatib. Isteri dan anak-anak sebagai makmum. Maksud khutbah, ialah selalu memberi nasihat. Secara langsung atau tidak sebagai imam, kenalah jadi pemimpin solat jamaah. Ha, barulah tegak sebuah masjid dalam rumah tangga kita."

"Nasib baik rumahtangga aku belum runtuh. Aku pun tercari-cari, nak kata kami dah tak sayang each other, jauh sekali. Kau pun tahu kan macam mana our love life is. Nak kata third party, aku dah 'investigate', memang tak ada. Aku pun tak ada juga. Tapi entahlah, gaduh kami macam sukar didamaikan."

"Kau dan dia perlu pihak ketiga!" balas saya.

"Perlu bina masjid kedua ke? Hehehe..." guraunya.

"Ke situ pulak...masjid yang ada pun belum OK. Aku serius ni. Kau, aku, dia dan pasangan suami isteri yang lain perlukan pihak ketiga.."

"Siapa dia?"

"Tuhan. Carilah Tuhan menerusi masjid di rumah kita!"

Dari: Ibnu Rashid As Sakinah

Tuesday, September 9, 2008

Queen Control vs King Control



"Bang Aji...nak tanya sikit boleh tak? Kenapa tak ada istilah King Control?"

" Sebab itu kebiasaan. Memang biasa suami pimpin isteri." jawapan saya pada seorang kawan, umur 23, sudah 5 bulan berumahtangga.

"Yang luar biasa...itulah Queen Control"

"Sebab kenapa isteri boleh Queen Control eh bang aji?"


"Sebab King dah lost control"

Dia diam. Berfikir mungkin.

"Tak nak tanya kenapa suami boleh "lost control?" tanya saya kembali.

"Itu nanti bang aji, soalan saya sekarang..kalau kita ada masalah rumahtangga, siapa yang bersalah?" soalnya mengalih arah.


"Kedua-duanya. Husband & wife"

"Yang lebih bersalah?"

"Usually the husband..." jawab saya, pendek.

"Apsal pulak ni bang aji?

"Sebab dia King. Dia raja, dia pemimpin."


Dia diam. Matanya merenung jauh. Mungkin bukan pada yang di depannya tetapi pada yang ada dalam hatinya.

"Tak nak tanya kenapa husband gagal jadi pemimpin?"

Dia mengelak lagi, " Nanti bang aji, saya tak fahamlah. Kenapa isteri tak patuh suami. Kena Queen Control!"


"Sebab isteri tu rasa dia lagi mampu memimpin dari suaminya," layan saya.

Mula nampak gelisah di raut mukanya. Tangan saya menepuk bahunya, perlahan. Suami muda ini perlu ditenangkan. Tampak sangat sejak tadi dia sudah meluahkan masalah rumah tangganya..

"Yalah, i'm just a temporary staff here. She's a supervisor at work. That's where she fee
l superior than me" keluhnya.

"Nak jadi pemimpin dalam rumah tangga, ia tak ditentukan oleh pangkat di pejabat"

"Betul tu bang aji...haishh...memang saya dah cakap dah dengan dia. She got to know that I'm her husband...bukan pekerja dia..mungkin dah terbawak-bawak sifat supervisor dia into our marriage!" keluhannya semakin rancak.

"Awak nak selamatkan rumahtangga awak tak? saya bertanya..


Dia diam lagi, uncertain perhaps. Terlalu panjang. Saya biarkan sahaja. Mungkin ada 'perang' perasaan dan fikiran dalam kamar hatinya.

"Macam mana saya boleh take control over her again?" kata-katanya broke the long silence.

Syukur, akhirnya soalan yang saya nantikan sejak dari tadi terluah jua.

Soalan inilah jawapan pada masalahnya.


Sejak dari tadi, dia cuba "mengelak" dan pemikirannya asyik tertumpu kepada lingkungan perbuatan isterinya. Isteri dia yang salah. Ego. Derhaka.

"To take control of her. U need to have knowledge. Ilmu. Dah ada ilmu, amalkan. Bila beramal mesti ada mujahadah iaitu 'struggle'. Struggle yang kuat untuk melakukan sesuatu. Bila struggle kena susah payah. Lawan nafsu, lawan malas and don't give up."

"So...dia akan tunduk pada kita?"


"InsyaAllah, siapa yang tunduk pada Tuhan, manusia lain akan mudah patuh kepadanya, termasuk our wives & kids."

"Inilah Ilmu Pengasih.." usik saya.

"Oh....kira macam ilmu kamasutra lah bang aji maksudkan...hehehe?" dia mencelah.

Ler kesitu pulak dia implikasikan dari Ilmu Pengasih.


"Tak kiralah ilmu apa...sama ada ilmu agama, ilmu akademik atau teknikal skills. Tambahkan amal. Baik yang berhubung dengan Allah dan juga manusia. Tingkatkan akhlak. Maksudnya, jadi lebih soleh, lebih tenang, lebih sabar...insyaAllah your wife will respect you"

"Macam mana dia tiba-tiba nak 'respect' kita pula?" tanyanya

"Sebab, kita dah 'respect' diri kita sendiri" jawab saya ringkas.

"The details I've mentioned to you earlier, kalau dilaksanakan akan meningkatkan harga diri kita. Bila kita mula menghargai atau 'respect' diri sendiri, barulah orang lain 'respect' kita"

"Ohh...barulah king will take back his throne, and the queen akan surrender" jawabnya dengan ceria.


"Bila kedudukan suami mantap, barulah rumahtangga tersusun semula. With knowledge (ilmu), not only u gain respect, but you can be a good leader to your marriage...jadi pemimpin yang baik untuk keluarga"

"Rupanya, problem ini bukan dari dia, tapi saya..."

"Not exactly. It's not a problem tapi a solution. You are the solution not her. Oklah, go and fetch your wife...isn't she's your Queen?"

"haha...ok. terima kasihlah bang aji..." senyuman semakin ceria.

Agak kekusutannya sudah terhurai.

"And one more thing.."

"Apa dia bang aji?"

"Jgn lupa ajak your Queen solat jamaah ok.. "

"InsyaAllah bang aji...akan saya laksanakan!"

Syukur alhamdulillah.


Ringkasan:
  • Queen control berlaku kerana suami gagal memimpin
  • Suami perlu mengawal dirinya supaya dapat mengawal isterinya
  • Untuk mengawal diri perlu ada ilmu dan mengamalkannya
  • Patuh kepada Tuhan, tambah wibawa dengan ilmu, tambahkan amal dan tingkatkan akhlak - meningkatkan harga diri
  • Kita perlu hargai diri sendiri, barulah orang lain akan hargai diri kita.

Thursday, September 4, 2008

EXAMS

Assalamu'alaikum wrt..

Saya sudah lama tidak menaip untuk blog saya. Sudah semakin sepi, tetapi apa saya boleh buat.... Saya sedang menghadapi medan ujian... ujian kertas peperiksaan. Lagi dua subjek... Kitabah dan Hadith............ Du'akan saya semoga najah.:) Selamat berpuasa.. :)