Wednesday, September 17, 2008

Masjid Yang Rapuh



Beberapa minggu yang lalu, detik yang agak kritikal dalam rumah tangga kenalan rapat saya. Memang kami agak rapat sejak waktu kami berkhidmat di perkhidmatan negara dahulu. Dia dan pasangannya hampir bercerai.

"My marriage...dah ranap....," keluhnya.

"Kau dah...."

"Belum lagi, kami tak bercerai, tapi hampir macam tulah."

"Ok lagi tu. Syaratnya kau mesti bersemangat. Aku masih ingat waktu jadi pengapit kau dulu, kau betul-betul bersemangat. Kau kata, tolong aku bina masjid. Tak kan tak ingat lagi?"

"Emm...bina masjid....aku sendiri macam dah lupa kalimah tu!"

"Kau tak lupa. Eh, aku rasa kalimah tu dah sebati dengan orang kita. Bina rumahtangga disamakan dengan bina masjid..."

Dia menung. Tunduk.

"Entahlah, masjid aku dah nak runtuh agaknya....," keluhnya terus-menerus.

"Keluhan tak bawa ke mana-mana. Mesti ada jalan penyelesaiannya."

"Ah...like how?"

"Bina kembali masjid kau yang rapuh tu. Dulu sewaktu nikah dulu, kita hanya cakap nak bina masjid..tapi kita tak benar-benar membinanya... rumahtangga tiada secorak masjid pun."

"Kau pernah masuk rumah aku kan?"

"Pernahlah. Apa maksud kau?" Kali ini saya pula bertanya.

"Kau tak nampak khat-khat yang tergantung di dinding. Quran dari Turki dalam almari. Tu tak masuk kitab-kitab hadith dan buku-buku agama dalam rak bilik bacaan aku. Kalau kau tengok betul-betul, rumah aku nampak macam masjid..."

Saya tersenyum.

"Apa ada di masjid?"

"Sejadah, Quran, khat, 'carpet' , tu semua ada di rumah aku!"

"Maksud aku lihat aktiviti-aktiviti masjid. Orang solat, baca Quran, berdoa, berzikir, kuliah, sedekah....macam-macam aktiviti. Itu maksud aku. Itulah tiang, lantai, dinding masjid yang aku maksudkan."

Dia terdiam. Benar-benar terdiam.

"Kalau tulah yang kau maksudkan, aku 'surrender'. Memang kurang."

"Quran untuk dibaca, khat untuk diambil iktibar, sejadah untuk dicecah sujud, kitab hadith untuk dihurai dan dilaksanakan. Ertinya semua peralatan masjid mesti digunakan untuk membina 'roh' masjid...," saya cuba menjelaskan.

"Apa roh masjid?"

"Taqwa. Masjid diasaskan atas dasar taqwa. Perlu ada aktiviti-aktiviti masjid..."

"Perlu berkhutbah lah ni macam..." dia mula tersenyum. Baru nampak ceria sedikit mukanya.

"Why not? Kau imam dan khatib. Isteri dan anak-anak sebagai makmum. Maksud khutbah, ialah selalu memberi nasihat. Secara langsung atau tidak sebagai imam, kenalah jadi pemimpin solat jamaah. Ha, barulah tegak sebuah masjid dalam rumah tangga kita."

"Nasib baik rumahtangga aku belum runtuh. Aku pun tercari-cari, nak kata kami dah tak sayang each other, jauh sekali. Kau pun tahu kan macam mana our love life is. Nak kata third party, aku dah 'investigate', memang tak ada. Aku pun tak ada juga. Tapi entahlah, gaduh kami macam sukar didamaikan."

"Kau dan dia perlu pihak ketiga!" balas saya.

"Perlu bina masjid kedua ke? Hehehe..." guraunya.

"Ke situ pulak...masjid yang ada pun belum OK. Aku serius ni. Kau, aku, dia dan pasangan suami isteri yang lain perlukan pihak ketiga.."

"Siapa dia?"

"Tuhan. Carilah Tuhan menerusi masjid di rumah kita!"

Dari: Ibnu Rashid As Sakinah

No comments: