Saturday, June 7, 2008

Ajar anak kejar ilmu, Bukan kejar jenama

Memang menjadi kebiasaan guru sekarang untuk mendampingi murid mereka di luar darjah. Ada kalanya kantin sekolah menjadi tempat yang sesuai untuk membicarakan perkara yang tidak bersangkut paut dengan intisari pelajaran mereka. Dalam satu perbualan dengan beberapa orang murid mengenai kegiatan luar darjah mereka di kantin sekolah, saya sempat bertanyakan mengenai kegiatan yang paling digemari oleh murid Melayu, iaitu bola sepak. Saya perhatikan mereka menggunakan but bola yang agak terkini dan dari jenis jenama yang mahal. Saya tahu but itu mahal kerana ia serupa dengan but bola yang digunakan oleh pemainliga Perdana Inggeris seperti Wayne Rooney ataupun Ronaldo dari Manchester United.

Apabila ditanya, mereka mengakui bahawa sememangnya but bola itu mahal. Mereka pandai pula gunakan peribahasa yang diajar oleh guru bahasa mereka, alah membeli menang memakai. Memang tidak sia-sia guru bahasa mengajar mereka peribahasa Melayu. Bezanya ialah pemain terkemuka seperti Steven Gerrard atau Didier Drogba adalah pemain bola profesional yang mempunyai pendapatan beratus ribu dolar dalam seminggu. Murid-murid ini hanya murid sekolah dan belum lagi bermain untuk kelab-kelab setempat! Mereka juga mendapat wang saku daripada ibu bapa mereka walaupun ada yang bekerja sambilan di pusat-pusat makanan segera.

Apa yang lebih penting lagi ialah apabila kita mengajar sesuatu kepada murid-murid hari ini, kita perlu juga menunjukkan contoh sesuai yang boleh dikaitkan dengan nilai-nilai maksud peribahasa itu. Jangan ajar setakat maksud sahaja, tetapi perlu diajar nilai-nilai baik yang harus murid-murid mengetahui. Ini ialah kerana terdapat peribahasa ataupun simpulan bahasa kita yang boleh memberi pengertian negatif kepada mereka. Adalah benar dengan apa yang mereka maksud bahawa sekalipun harga but bola itu tinggi, ia boleh tahan lama. Namun, adakah benar apabila mereka katakan ini akan menyebabkan persembahan mereka lebih cemerlang? Memang tidak salah sekiranya mereka membeli peralatan sukan yang mahal-mahal kerana mereka mahu menjadi pemain yang cemerlang. Namun, adakah baik sekiranya mereka belanja di luar kemampuan mereka sendiri?

Apa yang guru-guru banyak perhatikan ialah murid ini bukan setakat membeli peralatan sukan yang berjenama dan mahal, malah ada juga barang-barang lain yang mereka juga sanggup membelanjakan wang yang banyak. Guru bukan Melayu juga kerap menegur sikap murid Melayu ini yang suka menggunakan sepatu sekolah yang berjenama ataupun beg sekolah yang mahal. Mujurlah mereka terpaksa memakai pakaian seragam yang tidak mahal! Jika tidak, mungkin murid seperti ini akan mengenakan pakaian yang berjenama lagi mahal. Mereka juga akan mentertawakan guru mereka yang menggunakan telefon bimbit yang tidak canggih dan modelnya pula sudah lama. Mereka sanggup bertuar-tukar jenis telefon sekalipun mereka ini masih lagi menuntut. Setiap kali ada model telefon bimbit yang baru, mereka lebih terdahulu menggunakannya.

Mengapa boleh terjadi demikian? Adakah ini sama dengan apa yang telah ditegur oleh Perdana Menteri kita, Encik Lee Hsien Loong, apabila beliau menyatakan supaya kita harus berhemah berbelanja bak kata pepatah ukur baju di badan sendiri. Beliau memberi pandangan ini beberapa minggu yang lalu semasa menghadiri jamuan makan malam meraikan hari ulang tahun ke-60 Persatuan Persuratan Pemuda Pemudi Melayu atau 4PM.

“Ada yang boros mencantikkan rumah mereka dengan mengambil pinjaman ubah suai rumah atau membeli perabot mahal atau membeli set TV dengan skrin yang besar melalui skim sewa beli.” Adakah semua ini sudah menjadi budaya orang-orang Melayu termasuk juga mereka yang masih menuntut lagi? Tidak lama dahulu, ada juga mereka yang menegur pelajar-pelajar Melayu yang belajar di politeknik kerana ramai pelajar Melayu ini yan menggunakan motosikal sebagai cara pengangkutan mereka ke kampus. Alasan yang mereka beri ialah mereka takut terlambat kerana kampus politeknik mereka jauh dari rumah. Apabila mereka masih lagi di bangku sekolah, biasanya sekolah mereka terletak dekat dengan rumah. Keadaan berlainan apabila mereka belajar di politeknik kerana ada yang mendapat tampat jauh dari rumah mereka. Mereka pula tidak mahu bangun lebih awal lagi untuk perjalanan yang lebih jauh. Bermotosikal menjadi pilihan mereka untuk mengelakkan datang lambat ke politeknik. Ada pensyarah politeknik yang menganggap perkara inilah yang merupakan sebahagian daripada sebab mengapa pelajar-pelajar Melayu tercicir dari politeknik. Mereka akan berfoya-foya dengan motosikal dan tidak menghabiskan masa yang secukupnya untuk menelaah kerja-kerja di kampus. Selesai sahaja dari lektur atau kelas, mereka akan menunggang motosikal untuk bertemu teman-teman. Maklumlah, ini adalah satu alat permainan baru bagi mereka!

Jadi jika dilihat dengan mata kasarnya, bukan sahaja orang Melayu yang sudah dewasa dan bekerja sanggup berbelanja dengan banyaknya untuk menikmati kesenangan yang tidak kekal, malah pelajar Melayu juga sudah menunjukkan sikap yang sama. Adakah pula mereka sanggup menghabiskan wang yang banyak untuk tujuan pendidikan? Ada ibu bapa yang sanggup memberi alasan yang cepat apabila ditanya mengapa anak mereka lemah dalam sesuatu mata pelajaran tidak mendapatkan bimbingan tambahan di luar sekolah. Ada yang memberi jawapan bahawa mereka tidak mampu menghantar anak mereka untuk tuisyen yang mereka katakan agak mahal dan di luar kemampuan mereka. Golongan seperti ini memang mempunyai banyak alasan apabila sekolah membincangkan kelemahan anak-anak mereka. Apabila dinyatakan bahawa skim tuisyen Mendaki tidaklah mahal, mereka akan memberi alasan yang lain seperti anak mereka terpaksa bekerja di hujung minggu untuk menambahkan wang perbelanjaan persekolahan mereka.

Jelaslah, seseorang itu harus mengambil berat nasihat Perdana Menteri kita supaya berbelanja mengikut kemampuan kita. Memang benar murid-murid yang bermain bola memerlukan but bola, tetapi janganlah menghabiskan wang yang banyak untuk mendapatkannya. Belilah mengikut kemampuan kita. Ada guru-guru tuisyen yang mengenakan bayaran yang tinggi, tetapi ada juga institusi yang tidak mengenakan bayaran yang tinggi. Tidak semestinya yang mahal itu baik dan memberi kesan yang kita harapkan. Gunakan khidmat yang boleh membantu kita menyelesaikan masalah kita asalkan kita mendapatkan perkhidmatan tersebut. Apabila anak-anak masih di sekolah, ia merupakan peringkat paling baik untuk membantu kita mencapai matlamat apa yang telah dinasihatkan oleh Perdana Menteri kita. Kita bukan sahaja harus menunjukkan amalan baik kepada anak kita, malah kita harus juga menjadi contoh kepada penanaman nilai-nilai baik ini. Cuba bayangkan, apabila segala peralatan di rumah begitu canggih dan berjenama, termasuklah perabot dan perkakas di rumah, setentunya anak-anak pulah mahukan peralatan dan pakaian yang berjenama!

******************************
Kesenangan hidup adalah ni'mat yang diberikan Allah swt. kepada manusia. Sekiranya kita tidak berhati-hati, ia akan menjejas keimanan seseorang. Dalam zaman kemajuan dan kemodenan ini, manusia sibuk mengejar kemewahan serta cita-cita sehingga sanggup mengorbankan apa-apa. Manusia yang terperangkap dalam situasi seperti yang telah diceritakan diatas, seakan-akan telah menjadikan hawa nafsu sebagai tuhan mereka yang diikuti dan dituruti selalu.

حب الدنيا رأس كل خطيئة

Hubbu Ad-dunya Ro'su Kullu Khotiiah

Sunday, June 1, 2008

Gementar!

Saya rasa gementar dan tidak sabar menunggu hari esok. InsyaAllah... Akan ku terima jawapan dan takdirNya! :)

Thursday, May 29, 2008

Pengacara Wanita Bertudung - Denmark


Copenhagen – Asmaa Abdul Hamid buat pertama kalinya mencipta sejarah dalam saluran televisyen Denmark sebagai pengacara wanita bertudung yang pertama dalam suatu rancangan buat bicara membincangkan isu kontrovesi dunia mengenai karikatur wajah Rasulullah.

“Saya memang menunggu-nunggu masa untuk menunjukkan imej mengenai Muslimah di Denmark.” Katanya. Wanita berusia 24 tahun ini muncul buat pertama kalinya di kaca televisyen, bergandingan dengan wartawan Adam Holm dalam rancangan bual bicara itu.

Topik tersebut memberikan fokus pada kemarahan masyarakat Islam berikutan penerbitan karikatur tersebut oleh akhbar Jyallands Posten September lepas. Sebanyak 12 karikatur turut disiarkan juga oleh banyak akhbar lain Eropah dengan alasan menyatakan kebebesan. Wanita keterunan Palestin ini, dibesarkan di Denmark sejak dia berusia enam tahun. Memiliki sarjana dalam sosiologi, katanya dia bangga menjadi rakyat Denmark. Apatah lagi kerana mendapat sokongan keluarga yang memberikan dia sepenuh kebebasan untuk memilih. Dia dipilih daripada empat calon lain dan merupakan calon tunggal yang bertudung.

“Sekarang menjadi tanggungjawab saya untuk menunjukkan imej sebenar Islam, sebagai duta pada kepercayaan orang Islam,” katanya.

Dia menolak dakwaan yang mengatakan, dia memilih untuk bertudung sebagai simbol untuk menunjukkan kebaikan kerajaan Denmark terhadap dunia Islam. Sebaliknya, kata Asmaa, dia memilik kelayakan yang cukup sebagai jurucakap kerajaan dan pengacara yang baik. Tanpa menafikan, mula-mula sekali tudungnya itu akan menjadi topik di kalangan orang ramai, namun dia yakin, masa berlalu orang ramai akan menyedari akan personaliti dan gaya persembahannya.

Dalam pada itu, beliau tidak manafikan turut menerima surat cinta selain e-mel yang membencinya daripada penonton siaran televisyen itu. Ada e-mel yang bersifat kritikal dan menghina tetapi dia sendiri tidak pernah untuk cuba memprovokasi dan melayan penghinaan itu, sebaliknya cuba menerangkan sudut pandangannya sendiri yang berdasarkan ajaran Islam. Asmaa berharap programnya akan dapat menarik khalayak Muslim minoriti dan menggalakkan orang Islam untuk mengambil bahagian dan berintegrasi dengan masyarakat. Ini juga katanya akan membantu orang Islam menjadi sebahagian daripada masyarakat Denmark.

Masyarakat Islam merupakan tiga peratus daripada 5.3 juta masyarakat Denmark dan merupakan agama kedua terbesar selepas Lutheran Protestan. Bagaimanapun di sana, agama Islam tidak diiktiraf oleh Negara berkenaan seperti agama Kristian dan Judaism.

Latih Dirimu Berfikir Secara Sistimatik


:درب نفسك التفكير المنظم

فالتفكير المنظم أهم سلاح يواجه به الفرد مواقف الحياة المتغير المتنوعة
فمهما يجمع الفرد من معلومات ,ومهما يقرأ من كتب ,فلن يفيده هذا كله في مواجة الحياة

مثلما يفيده أن يتحلى بأسلوب التفكير المنظم , الذي يساعده على معرفة أسباب المشكلات ليضع الحلول المناسبة لها

Wednesday, May 21, 2008

Ayat-Ayat Cinta


Assalamualaikum wrth...


Anda sudah menonton wayang Ayat-Ayat Cinta? Apa pendapat anda mengenai ceritanya? Memuaskan? Atau sebaliknya? Anda terharu sehingga menitiskan air mata?


Saya sudah pun menontonnya di pagung wayang bersama sahabat lamaku. Lagipun, skolah kami ada 2 minggu cuti sekolah. Dan pada hari-hari biasa, tak begitu ramai orang. Lebih selesa. Pada pendapat saya, ceritanya hebat, tapi kadang-kadang saya rasa Fahri agak lemah dalam menghadapi ujian dan Aisyah pula agak sedikit kasar terhadap suaminya, Fahri.


Tapi overall, ia ingin mengajar kita tentang SABAR dan IKHLAS.


Tetang sabar, Allah ingin menguji sesiapa Dia kehendaki sama dia seorang hamba yang penuh dosa atau hamba yang soleh. Seperti Fahri, seorang insan yang berbuat baik kepada semua orang dan rajin mengejar ilmu dan menundukkan nafsunya. Tetapi bila dia dipenjarakan kerana dia difitnah, dia mula rasa kecewa dan marah terhadap Allah.


"Apakah salahku terhadapmu Allah?!" itulah dia katakan.



Bila sabar, kita tahan diri kita. Jangan marah…. Tahan!! Sabar!! Tapi bila kita redha, bila kita pujuk diri kita yang ini semua hanya ujian sedikit dari Allah, kerana Dia sayang pada kita, setelah limpahan ni’mah yang dikurniakan pada kita selama ini, hati tentu akan lebih tenang kan?


Bila kita ditimpa musibah (kesusahan, kesakitan, dll.) dan kita sabar, itu sikap yang baik. Tapi bila kita bersyukur ketika musibah melanda, itu lebih mulia.


Tetang ikhlas pula, saya teringatkan pula cerita seorang Imam Malik (guru kpd Imam Syafie'), mengambil masa 40 tahun untuk mengumpul hadith-hadith dalam buku yang terkenal, Muwatta’ (kitab Hadith). Anda tekalah apa dia lakukan selepas itu. Dia pergi ke sungai, dan berkata,


"Ya Allah, jika terdapat sesuatu di dalam kitab ini yang ditulis bukan kerana untukMu, maka hapuskanlah."


Dan jatuhlah kitab itu, keras kerjanya selama 40 tahun, ke dalam sungai. Apabila Imam Malik mengeluarkannya, bukunya masih dalam keadaan baik, dengan inknya masa kekal. MasyaAllah! 40 tahun Keikhlasan....!!


Maka jadikan kisah-kisah ini suatu tarbiyah dalam kehidupan kita. :)

Saturday, May 17, 2008

1st Sem Exam Has Ended

Alhamdulillah... Peperiksaan saya telah pun berakhir. Semoga saya dapat najah dalam kesemua lima madah saya. Setelah saya sudah berusaha, sekarang masanya untuk saya serahkan ketentuannya kepada Allah swt. Dialah yang menentukan segala-galanya. Ya Allah, berilahku kejayaan di dunia dan akhirat..

Wednesday, May 7, 2008

Setting The Goal

The path to God is only illuminated when a person recognizes the central place of God in his life and strives to develop his self accordingly. The Messenger of God said:

If someone wants to know what position he enjoys in the eyes of God, he has only to look at what place he gives to God [in his heart and life]. (Hakim)

The term nearest in meaning to self development in the Quranic vocabulary is: tazkiyah. Tazkiyah means purification and refers to the cleansing of the human self from all that is unwholesome, undesirable and unwelcome.

It also refers to the nurturing and strengthening of all the qualities within the human self that are essential for growth and development, for blossoming and flowering.

Success and happiness in this world and the Hereafter depend on tazkiyah, the purification and nurturing of our personality. The Quran states that true success is only reserved for those who seek to purify themselves:

[Successful indeed is the one who purifies his whole self.] (Ash-Shams 91:9)

Our personality comprises not only the physical body but also the mind and the heart, feelings and attitudes, character and behavior. Proper nurturing and development of these elements of the personality will achieve desirable goals.

When goals are desirable, the process of aspiring to, working towards and achieving them also becomes desirable. This is part of human nature. It is critical, therefore, that we recognize and understand the true nature of our ultimate goal in life.

For the believer, the most coveted goal in life is to seek the good pleasure of Allah Paradise. Our Creator has set this goal for us:

[And surely Paradise – it is the goal.] (Al-Nazi`at 79:41)
[Indeed the Next abode – it is truly the life!] (Al-`Ankabut 29:64)
[The companions of Paradise – they are the triumphant ones.] (Al-Hashr 59:20)

Know, however, that attaining the pleasure of Allah takes precedence over seeking Paradise but the two are closely connected. Paradise can only be attained through seeking Allah's pleasure, and when Allah's pleasure is gained, we will indeed be granted Paradise.

Reflect upon the following two verses in the Quran:

[And there is a kind of person who would willingly give up personal interests, seeking Allah’s pleasure; and God is Most Compassionate towards His servants.]
(Al-Baqarah 2:207)

[Indeed Allah has purchased from the Believers their lives and their possessions, promising them Paradise, in return.] (At-Tawbah 9:111)

The alternative to attaining Paradise in the Hereafter is to be placed in Hellfire and to receive its punishments.

The Quran states: [But in the life to come: [it is either] severe suffering, or God’s forgiveness and His goodly acceptance.] (Al-Hadid 57:20)

What is it that makes a person deserving of such a suffering? The answer is to be found in the second part of the same verse: [for the life of this world is nothing but an enjoyment of self-delusion.] (Al-Hadid 57:20)

Hell, therefore, is for those who seek as their ultimate goal in life, not the pleasure of Allah or Paradise, but the enjoyment of worldly gains.

The pursuit of worldly gain is but a mirage. All worldly gains are left behind when you die. All that is on earth is bound to perish while Allah and His good favor will remain forever.

It is for this reason that the Quran advises:

[Vie with one another in seeking to attain to your Sustainer’s forgiveness, and to a Paradise as vast as the heavens and the earth, which has been readied for those who have attained to faith in God and His messengers: such is the bounty of Allah which He grants unto whomever He wills – for Allah is limitless in His great bounty.] (Al-Hadid 57:21)

All your efforts in this world should therefore be focused only on seeking Paradise. It is the promise of the Almighty that:

[You will only be rewarded fully for all your good deeds on the Day of Resurrection, and [on that Day] whoever will be drawn away from Hell-fire, and admitted into Paradise, will indeed have triumphed.] (Al-`Imran 3:185)
***********
illuminated : enlighten somebody
precedence : priority / the fact of being more important than others
mirage : appears to be real but is unreal or merely imagined
coveted : yearn to have