Thursday, May 29, 2008

Pengacara Wanita Bertudung - Denmark


Copenhagen – Asmaa Abdul Hamid buat pertama kalinya mencipta sejarah dalam saluran televisyen Denmark sebagai pengacara wanita bertudung yang pertama dalam suatu rancangan buat bicara membincangkan isu kontrovesi dunia mengenai karikatur wajah Rasulullah.

“Saya memang menunggu-nunggu masa untuk menunjukkan imej mengenai Muslimah di Denmark.” Katanya. Wanita berusia 24 tahun ini muncul buat pertama kalinya di kaca televisyen, bergandingan dengan wartawan Adam Holm dalam rancangan bual bicara itu.

Topik tersebut memberikan fokus pada kemarahan masyarakat Islam berikutan penerbitan karikatur tersebut oleh akhbar Jyallands Posten September lepas. Sebanyak 12 karikatur turut disiarkan juga oleh banyak akhbar lain Eropah dengan alasan menyatakan kebebesan. Wanita keterunan Palestin ini, dibesarkan di Denmark sejak dia berusia enam tahun. Memiliki sarjana dalam sosiologi, katanya dia bangga menjadi rakyat Denmark. Apatah lagi kerana mendapat sokongan keluarga yang memberikan dia sepenuh kebebasan untuk memilih. Dia dipilih daripada empat calon lain dan merupakan calon tunggal yang bertudung.

“Sekarang menjadi tanggungjawab saya untuk menunjukkan imej sebenar Islam, sebagai duta pada kepercayaan orang Islam,” katanya.

Dia menolak dakwaan yang mengatakan, dia memilih untuk bertudung sebagai simbol untuk menunjukkan kebaikan kerajaan Denmark terhadap dunia Islam. Sebaliknya, kata Asmaa, dia memilik kelayakan yang cukup sebagai jurucakap kerajaan dan pengacara yang baik. Tanpa menafikan, mula-mula sekali tudungnya itu akan menjadi topik di kalangan orang ramai, namun dia yakin, masa berlalu orang ramai akan menyedari akan personaliti dan gaya persembahannya.

Dalam pada itu, beliau tidak manafikan turut menerima surat cinta selain e-mel yang membencinya daripada penonton siaran televisyen itu. Ada e-mel yang bersifat kritikal dan menghina tetapi dia sendiri tidak pernah untuk cuba memprovokasi dan melayan penghinaan itu, sebaliknya cuba menerangkan sudut pandangannya sendiri yang berdasarkan ajaran Islam. Asmaa berharap programnya akan dapat menarik khalayak Muslim minoriti dan menggalakkan orang Islam untuk mengambil bahagian dan berintegrasi dengan masyarakat. Ini juga katanya akan membantu orang Islam menjadi sebahagian daripada masyarakat Denmark.

Masyarakat Islam merupakan tiga peratus daripada 5.3 juta masyarakat Denmark dan merupakan agama kedua terbesar selepas Lutheran Protestan. Bagaimanapun di sana, agama Islam tidak diiktiraf oleh Negara berkenaan seperti agama Kristian dan Judaism.

No comments: